HISTORY OF OUR SCHOOL /பள்ளி வரலாறு

Sekolah ini pada asalnya merupakan sekolah cawangan kepada Sekolah Convent, Ipoh. dikenali sebagai Sekolah Tamil St. Philomena Convent. Selepas pembukaan rasminya pada 8 September 1938, sekolah ini dinamakan SRJK(T) St. Philomena Convent. Barisan Pentadbir (Guru Besar) semenjak sekolah ini dibuka:

 

SENARAI NAMA GURU BESAR-GURU BESAR YANG BERKHIDMAT :

1938 hingga 1940 - Reverend Mother Marceline

1940 hingga 1950 - Sister Mary Philomena

1951 hingga 1960 - Sister Emilence

1961 hingga 1988 - Sister Clement

!989 hingga 1997 - Puan Thavamany Manickam

1998 hingga 2004 - Puan Devi a/p Soekalingam

2004 hingga 2008 - Puan Sagoondalay a/p Supramaniam

2008 - hingga kini - Puan K.Sangari a/p G.Krishnan

PERKEMBANGAN SEKOLAH :Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1938 dengan bilangan murid seramai 21 orang dan guru seramai 3 orang serta tiga kelas iaitu darjah 1, 2 dan 3. Pada tahun 1941, bilangan murid be

 

rtambah seramai 90 orang dan kelas- kelas darjah 4, 5 dan 6 telah dibuka. Pada zaman pemerintahan Jepun, sekolah ini digunakan sebagai pusat mengajar Bahasa Jepun. Sebab itu, kelas- kelas biasa dibatalkan. Sekolah dibuka semula pada tahun 1945 selepas pemerintahan Jepun.

Pada tahun 1950, bilangan murid sekolah terus meningkat dan mencecah 220 pada tahun 1965. Bilangan ini terus meningkat kepada 340 pada tahun 1995. Pada tahun tersebut, bangunan sekolah SJK(T) St. Philomena Convent terpaksa diganti kerana struktur kayu lama telah reput diserang anai-anai. Jawatankuasa bangunan baru telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Dr. K. Subramaniam. Jawatankuasa tersebut telah menyampaikan cadangan membina semula bangunan baru kepada YB Dato Seri S. Samy Vellu melalui YB Dato G.Rajoo. Dengan sokongan beliau, projek pembinaan semula SJK(T) St. Philomena Convent telah dimulakan dengan satu upacara meletakkan batu Asas yang telah dilangsungkan pada17 Jun 1995 di tapak sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato` Seri Samy Vellu. Guru-guru dan murid- murid sekolah ini telah menumpang di SRK Coronation Park, Ipoh, sementara menunggu bangunan baru sekolah siap dibina dalam tempoh lebih kurang dua tahun. Segala kerja pembinaan selesai pada 20 April 1997 dan sekolah mula beroperasi dengan bangunan baru.

Bangunan baru tiga tingkat berdiri megah di lokasi yang sama dengan dilengkapi dengan bilik pusat sumber, 12 buah bilik darjah , bilik sains, bilik guru dan sebuah bilik komputer yang berhawa dingin dengan 20 buah komputer. Majlis perasmian pembukaan bangunan baru disempurnakan oleh YB Dato` Seri S. Samy Vellu pada 17 Ogos 1997 dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. S. Thavamany Manickam, Guru Besar yang telah merealisasikan pembinaan bangunan baru. Jawatankuasa bangunan baru telah ditubuhkan. cadangan untuk membina bangunan baru 3 tingkat telah disampaikan. Pada tahun 2009, sebuah bilik mesyuarat telah dibina dalam pakej rancangan ke-9. Pada masa ini, bilangan murid di sekolah SJK(T) St.Philomena Convent telah mencapai hampir 502 orang murid perempuan sementara bilangan guru seramai 26 orang dan staf sokongan seramai 3 orang.